Sel. P.U. 222/91
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1991

BAHAGIAN V - PERUNTUKAN AM



Kaedah 24. Sekatan.

(1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan dia adalah, menurut kaedah 8(3), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie oleh Kaedah-Kaedah ini, atau dia telah dilantik dengan sempurnanya sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-Kaedah ini.

(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah penggantungan ke atasnya di bawah kaedah 19(b) masih berkuatkuasa.

(3) Sesiapa yang melanggar subkaedah (1) atau (2) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.