Sel. P.U. 346/2007
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2007

Bahagian V - TARIKH PELANTIKAN, GAJI PERMULAAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN



Peraturan 28. Pergerakan gaji tahunan

(1) Tarikh pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai tetap dan sementara hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2) Tarikh pergerakan gaji tahunan seorang pegawai dalam peminjaman atau pertukaran sementara hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.

(3) Pergerakan gaji tahunan seseorang pegawai hendaklah berasaskan pencapaian kerja tahunan pegawai itu atau apa-apa syarat lain yang ditentukan oleh Majlis dari semasa ke semasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.