Sel. P.U. 4/1995
KAEDAH-KAEDAH PEGAWAI MASJID DAN JAWATANKUASA KARIAH(NEGERISELANGOR)1995

BAHAGIAN VI - BIRO-BIRO



Kaedah 23. Penubuhan biro.

(1) Bagi memastikan bahawa pegawai masjid dan Jawatankuasa Kariah setiap masjid dapat melaksanakan fungsi-fungsi mereka dengan cekap dan berkesan, Jawatankuasa Kariah itu boleh menubuhkan apa-apa bilangan biro, yang tidak melebihi sepuluh, yang difikirkan perlu oleh jawatankuasa Kariah itu.

(2) Walau apa pun subkaedah (1), MAIS boleh-


(3) Setiap biro yang ditubuhkan bagi sesuatu masjid hendaklah diketuai oleh seorang Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah masjid itu yang dilantik dalam mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah itu.

(4) Ketua setiap biro yang ditubuhkan bagi sesuatu masjid boleh melantik tidak lebih daripada enam orang anak kariah masjid itu untuk menjadi anggota jawatankuasa biro itu bagi membantu biro itu menjalankan tugas-tugasnya.

(5) Tempoh jawatan setiap anggota jawatankuasa sesuatu biro tidak boleh melebihi tempoh jawatan Jawatankuasa Kariah yang menubuhkan biro itu.

(6) Setiap anggota jawatankuasa sesuatu biro hendaklah terhenti memegang jawatan apabila-
(7) Bagi maksud subkaedah (4), seseorang yang dilantik untuk menjadi anggotajawatankuasa sesuatu biro tidak boleh dilantik menjadi anggota jawatankuasa mana-mana biro yang lain.

(8) Ketua setiap biro yang ditubuhkan dalam sesuatu kariah masjid hendaklah-

(9) Ketua dan anggota jawatankuasa setiap biro yang ditubuhkan dalam sesuatu kariah masjid hendaklah menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS atau oleh Nazir masjid itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.