Sel. P.U. 59/91
KAEDAH-KAEDAH SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1991



JADUAL II.


(Kaedah 2(2) (b))

BORANG II

(Kaedah 2 (2) (b) dan Jadual II, Kaedah-Kaedah Sekolah-Sekolah Agama Islam 1991)

SURATCARA SEKOLAH AGAMA ISLAM NAMA DAN OBJEKTIF


1. Maka adalah ditubuhkan sebuah Sekolah Agama Islam yang dipanggil .......................................

2. Objektif Sekolah Agama Islam tersebut adalah-
3. Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Islam hendaklah dikenali sebagai .....................................

4. Jemaah Pengurusan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang ahli, iaitu-
5. Seseorang ahli Jemaah-
6. Seseorang itu hendaklah terhenti menjadi ahli Jemaah jika-
7. Apa-apa kekosongan dalam Jemaah hendaklah diisikan dengan seberapa segera yang boleh melalui keputusan yang dibuat di mesyuarat Jemaah.

8. Jemaah hendaklah menguruskan Sekolah menurut Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya.

MESYUARAT

9. Bilangan ahli yang perlu hadir untuk korum bagi sesuatu mesyuarat Jemaah ialah lima orang.

10. Prosiding Jemaah tidak boleh dianggap sebagai tidak sah atas sebab terdapatnya apa-apa kekosongan keahlian Jemaah atau apa-apa kecacatan dalam pemilikan atas perlantikan mana-mana ahli.

11. Tiap-tiap persoalan yang hendak ditentukan di sesuatu mesyuarat itu hendaklah dibuat secara undi lebih suara ahli yang hadir dan jika terdapat undi sama bahagian, pengerusi mesyuarat mempunyai undi penentuan.

12. Jemaah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam enam bulan.

13. Tiap-tiap mesyuarat Jemaah hendaklah dipanggil oleh Pengerusi yang akan mengarahkan Setiausaha supaya memberitahu ahli-ahli secara bertulis sekurang-kurang tujuh hari sebelum mesyuarat, dan notis itu hendaklah dihantarkan kepada ahli-ahli bersama dengan agenda mesyuarat.

14. Walau apapun dalam Perkara 15, mana-mana tiga orang ahli boleh secara bersama, dengan memberi notis secara bertulis kepada Setiausaha atau Pengerusi, memohon supaya diadakan suatu mesyuarat, dan jika permohonan seperti ini dibuat, Setiausaha hendaklah dengan seberapa segera yang boleh memanggil mesyuarat mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara 13.

15. Jika di sesuatu mesyuarat itu Pengerusi tidak hadir, mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi; tetapi jika Naib Pengerusi juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik mana-mana di antara mereka yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat.

AKAUN SEKOLAH AGAMA

16. Akaun Sekolah Agama (sebagaimana dikehendaki ditubuhkan di bawah seksyen 9 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988) hendaklah disimpan oleh Bendahari di bawah pengawasan dan di tempat dan dengan cara sepertimana ditentukan oleh Jemaah.

17. Tahun kewangan Jemaah hendaklah bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

18. (1) Selepas 31hb Disember tiap-tiap tahun tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac tahun yang berikutnya Bendahari hendaklah dengan seberapa segera yang boleh menyedia dan mengemukakan suatu penyata kewangan kepada Jemaah dan Jemaah adalah dikehendaki untuk menyebabkan penyata itu diauditkan oleh dua orang juruaudit bersijil yang dilantik oleh Jemaah dengan kelulusan Pendaftar.
19. Semua harta yang dalam bentuk tunai hendaklah didepositkan dalam sebuah bank yang dipilih oleh Jemaah tetapi Bendahari boleh menyimpan lima ratus ringgit pada mana-mana ketika bagi maksud perbelanjaan kecil.

20. Semua cek yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh kedua-dua Pengerusi (atau, semasa ketiadaannya, Naib-Pengerusi) dan Bendahari (atau, semasa ketiadaannya, Penolong Bendahari).

21. Setiausaha hendaklah menguruskan surat-menyurat Jemaah dan hendaklah menyimpan suatu rekod yang lengkap dan tepat mengenai semua mesyuarat dan lain-lain prosiding Jemaah.

22. Tertakluk apa-apa arahan Pengerusi dan kepada Perkara 15 dan Perkara 20,-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.