Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 14. Cadangan-cadangan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan 15 Prosedur Majlis, setiap cadangan hendaklah disampaikan dengan notis bertulis, ditandatangani oleh ahli Majlis yang memberi notis itu dan diserah kepada Yang Dipertua atau Setiausaha tujuh (7) hari sebelum mesyuarat.

(2) Notis-notis itu hendaklah bertarikh dan bernombor mengikut penerimaannya dan dimasukkan ke dalam satu buku khas untuk tatapan ahli-ahli Majlis.

(3) Semua cadangan yang telah diberi notis hendaklah dimasukkan ke dalam agenda untuk persidangan Majlis yang berikut kecuali ahli Majlis yang memberi cadangan itu menghendaki membacanya ke dalam persidangan majlis yang lain pula atau menarik balik cadangannya.

(4) Sekiranya satu cadangan telah tidak dibawa oleh pembawa cadangan itu atau oleh ahli Majlis lain yang diberi kuasa bertulis olehnya apakala sampai masanya untuk dibahas dalam persidangan Majlis, maka hendaklah disifatkan cadangan itu telah ditarik balik dan tidak boleh dibawa lagi dalam persidangan Majlis akan datang tanpa notis yang baru.

(5) Semua pindaan-pindaan yang dicadangkan dan disokong di dalam persidangan Majlis hendaklah jika dikehendaki oleh Yang Dipertua atau Pengerusi dibuat dengan bertulis.

(6) Yang Dipertua atau Pengerusi sahaja yang boleh menimbang sama ada boleh diterima atau tidak mana-mana pindaan.

(7) Sesuatu cadangan boleh ditarik balik dengan kebenaran Yang Dipertua atau Pengerusi dan boleh dicadangkan sarna ada dalam persidangan Majlis yang lain dengan diberi notis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.