Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 24. Kuasa dan tugas setiausaha.

(1) Setiausaha hendaklah menjaga kesemua surat-surat dan surat-surat keterangan Majlis dan hendaklah menjalankan kewajipan yang dipertanggungjawabkan oleh peraturan ini atau arahan-arahan yang diuntukkan kepadanya dengan perintah Yang Dipertua.

(2) Jika dalam sesuatu mesyuarat khas atau biasa Majlis korum tidak ada selepas tiga puluh (30) minit daripada masa yang ditetapkan, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu hari yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang Dipertua atau Pengerusi dan urusan yang sepatutnya telah dibawa dalam mesyuarat asal itu hendaklah dibawa dan dijalankan dalam mesyuarat tangguhan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.