Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 23. Kuasa dan tugas Yang Dipertua/Pengerusi mesyuarat.

(1) Yang Dipertua hendaklah mempunyai kawalan tugas yang am bagi kesemua perbahasan dan perjalanan-perjalanan yang dibuat oleh MajIis dan hendaklah bertanggungjawab kepada DuIi Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengannya.

(2) Hendaklah Pengerusi itu menjalankan kesemua kuasa-kuasa Yang Dipertua jika Yang Dipertua tidak hadir.

(3) Hormat hendaklah diberi setiap masa kepada Yang Dipertua atau Pengerusi mesyuarat.

(4) Di dalam mana-mana mesyuarat, apabila Yang Dipertua atau Pengerusi mesyuarat bercakap, ahli Majlis yang sedang bercakap dalam mesyuarat hendaklah berhenti dari bercakap.

(5) Yang Dipertua atau Pengerusi berhak memutuskan semua soalan berkaitan dengan tatacara dan tatasusila termasuk mengarahkan mana-mana ahli MajIis yang enggan meninggal mana-mana persidangan/mesyuarat Majlis supaya meninggalkan persidangan/mesyuarat tersebut, dan keputusan beliau adalah muktamad.

(6) Yang Dipertua atau Pengerusi berhak memutuskan siapakah di antara dua atau lebih ahli Majlis yang ingin bercakap pada masa yang sama dengan cara menjemput ahli Majlis yang beliau perhatikan akan bercakap dahulu. Yang Dipertua atau Pengerusi boleh pada bila-bila masa memerintahkan supaya mana-mana ahli berhenti daripada berucap kepada Majlis.

(7) Bolehlah Yang Dipertua itu menjemput mana-mana orang yang bukan menjadi seorang ahli Majlis supaya hadir ke dalam mana-mana persidangan Majlis jika pekerjaan yang dihadapkan di dalam persidangan mesyuarat itu menyebabkan dan memerlukan orang tersebut itu hadir. Mana-mana orang yang dijemputkan sedemikian itu hendaklah berhak boleh mengambil bahagian di dalam perundingan yang dijalankan tetapi tidak boleh mengundi.

(8) Yang Dipertua atau Pengerusi boleh menangguh atau menunda satu-satu mesyuarat kerana sesuatu sebab mustahak atau, kecemasan tanpa notis bersurat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.