Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 11. Pengesahan minit mesyuarat.

(1) Yang Dipertua atau Pengerusi hendaklah meminta cadangan daripada mana-mana ahli Majlis yang hadir dalam mesyuarat lepas supaya minit mesyuarat lalu disahkan. Jika minit itu telah diedarkan terlebih dahulu ia dianggap sebagai telah dibaca.

(2) Mana-mana ahli Majlis boleh mencadangkan supaya minit mesyuarat diperbetulkan jika terdapat kesalahan. Jika cadangan itu diterima, maka minit yang telah diperbetulkan itu adalah dianggap sebagai minit yang sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.