Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 10. Mesyuarat Majlis adalah sulit.

(1) (a) Perjalanan mesyuarat Majlis adalah sulit. Mana-mana ahli atau lain-lain kakitangan Majlis tidak boleh memberitahu mana-mana pihak selain Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Menteri Besar atau mana-mana ahli Majlis atau kakitangan pejabat perkara-perkara yang dibangkit dalam mesyuarat melainkan ianya telah diberikuasa khas untuk berbuat demikian oleh Majlis.
(2) Kesemua surat-surat bagi pihak Majlis itu yang dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah dihantar melalui Menteri Besar atau Setiausaha Kerajaan atau sebagaimana Duli Yang Maha Mulia Sultan harus memperkenankan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.