(i) Tiap-tiap sijil yang dikeluarkan oleh Majlis hendaklah dalam Borang 2 sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual dan hendaklah ditandatangani oleh Yang Dipertua;
(ii) Semua sijil-sijil hendaklah habis tempohnya pada 31 Disember tiap-tiap tahun dan semua permohonan untuk membaharui hendaklah dibuat tidak lewat daripada 1 November pada tiap-tiap tahun;
(iii) Tiap-tiap Sijil Peguam Syar'i atau pembaharuannya adalah dikenakan fee sebanyak $100.00.