Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 27. Lain-lain hal mengenai ahli Majlis.

(1) Tiada seorang ahli Majlis boleh, dengan sendirinya atau melalui perkongsian atau ejennya, bertindak ke atas apa-apa sifat profesional atau apa-apa kerja bagi atau terhadap Majlis.

(2) Jika semasa perbincangan Majlis atau pada bila-bila masa Majlis memerlukan lawatan tapak, lawatan tersebut boleh dibuat dan hendaklah direkodkan sebagai mesyuarat Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.