Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 31. Membawa alat-alat ke dalam mesyuarat.

(1) Tiada sesiapa pun boleh membawa masuk ke dalam bilik mesyuarat Majlis kamera, dictaphone, mesin perakam atau lain-lain alat elektronik yang boleh merakam atau menghasilkan semula ucapan untuk digunakan kembali atau mesin taip atau alatan-alatan seumpamanya kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Yang Dipertua atau Pengerusi.

(2) Mana-mana cadangan dan perkara yang berkehendakkan satu-satu keputusan yang tidak terdapat dalam prosedur ini, maka Yang Dipertua Majlis atau Pengerusi berkuasa menetap dan memutuskannya dan keputusannya adalah muktamad.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.