Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 28. Menjalankan kuasa dalam masa darurat.

Dalam mana-mana perkara darurat Yang Dipertua bolehlah berunding dengan Menteri Besar atau dalam masa ketiadaannya dengan Setiausaha Kerajaan memerintah supaya dibuat bagi pihak Majlis sebarang perjalanan atau perkara yang sah menurut undang-undang dengan keputusan Majlis, dengan syarat hendaklah dipanggil persidangan Majlis dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh masalah itu timbul untuk mengesah tindakan atau perjalanan yang telah diambil itu dan jika sekiranya Majlis enggan mengesahkannya, bolehlah Duli Yang Maha Mulia Sultan memberi perintahnya sebagaimana yang Duli Yang Maha Mulia Sultan fikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.