Tr. P.U. 19/92
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PROSEDUR MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU) 1991




Kaedah 12. Peringatan mesyuarat.

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan semua peringatan mesyuarat Majlis. Di dalam tiap-tiap persidangan, peringatan mesyuarat yang lepas hendaklah dibaca dan disahkan.

(2) Peringatan-peringatan mesyuarat hendaklah dimasukkan ke dalam buku peringatan mesyuarat Majlis termasuk satu peringatan tiap-tiap perkataan yang penuh bagi setiap keputusan Majlis itu.

(3) Selepas tiap-tiap persidangan Majlis, rang peringatan mesyuarat hendaklah dengan seberapa segera yang boleh dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(4) Jika peringatan mesyuarat disahkan dan ada pindaan, peringatan bersekali dengan pindaan hendaklah dipersembahkan semula Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(5) Satu salinan daripada mana-mana keputusan yang diakui sah oleh Setiausaha itu sebagai satu salinan yang benar bagi keputusan yang sebegitu hendaklah menjadi keterangan yang cukup baginya dan kesemua mahkamah hendaklah mengambil perhatian di atas tandatangan Setiausaha itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.