Tr. P.U. 23/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PENTADBIRAN MASJID-MASJID) 1987




Kaedah 8. Pemberitahu mesyuarat

Setiausaha hendaklah memberitahu sekurang-kurangnya dua hari mengenai segala mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dengan mengirimkan kepada tiap-tiap ahli satu surat ke alamat yang diberi oleh tiap-tiap ahli atau dengan cara lisan:

Dengan syarat bahawa ketinggalan yang tidak disengajakan untuk mengedarkan pemberitahu-pemberitahu mesyuarat tersebut kepada sebarang ahli-ahli atau sekiranya sebarang ahli tidak menerima pemberitahubagi sebarang mesyuarat, hal seperti ini hendaklah tidak terbatal persidangan sebarang mesyuarat Jawatankuasa:

Dan seterusnya disyaratkan Pengerusi bolehlah membatalkan kehendak pemberitahu tersebut pada masa kecemasan dan pada masa kecemasan itu, pemberitahu hendaklah diberi secepat mungkin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.