Tr. P.U. 23/87 KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PENTADBIRAN MASJID-MASJID) 1987
Kaedah 17. Kewangan Masjid
(1) Wang Masjid bolehlah digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, termasuklah kerana memberi peralatan dan penyelenggaraan Masjid.
(2) Bendahari boleh dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada $100.00 pada satu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa dalam tempoh 7 hari.
(3) Segala cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Masjid hendaklah ditandatangani bersama oelh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
(4) Kuasa-kuasa kelulusan perbelanjaan Kumpulan Wang Masjid adalah seperti berikut:
(a) Perbelanjaan yang kurang daripada $200.00 pada suatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi.
(b) Perbelanjaan yang melebihi $200.00 hingga $10,000.00 pada satu masa hendaklah mendapat mandat dan kelulusan Jawatankuasa.
(c) Perbelanjaan yang melebihi $10,000.00 pada suatu masa hendaklah mendapat kelulusan daripada Yang Dipertua Majlis.
(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disedia dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira dengan seberapa segera setelahtamat tahun kewangan.
(6) Tahun Kewangan Masjid bermula 1 Januari dan berakhir 31 Disember, tiap-tiap tahun.