Tr. P.U. 9/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (BORANG DAN FEE) 1987




JADUAL PERTAMA - BORANG 8

(Seksyen 116)

BON BERKELAKUAN BAIK


Mahkamah Tinggi Syar'iah/Rendah Syar'iah ........................................ di .........................................

Kes Jenayah No...................................

Bahawasanya adalah saya .......................................... penduduk di ........................................ telah diperintahkan membuat bon supaya bekelakuan baik pada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan kepada sekelian orang di dalam Negeri Terengganu selama tempoh .................... Maka adalah dengan ini saya mengikatkan diri saya supaya berkelakuan baik pada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan kepada semua orang di dalam Negeri ini dalam masa tempoh yang tersebut itu, dan sekiranya saya mungkir berbuat demikian maka saya dengan ini mengikatkan diri akan membayar wang sebanyak $ .......................... sebagai rampasan pada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Tarikh: H/M ...................................

.....................................
Qadi Besar/Qadi
............................
Tandatangan

(Apabila dikehendaki sesuatu bon diperbuat dengan ada penjamin-penjaminnya hendaklah hendaklah di tambah)

Adalah kami dengan ini mengisytiharkan diri kami menjadi penjamin-penjamin bagi ............................. duduk di ................................ yang namanya tersebut di atas yang ianya akan berkelakuan baik pada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan kepada semua orang dalam Negeri Terengganu dalam masa tempoh yang tersebut itu, dan sekiranya ianya mungkir berbuat demikian maka adalah kami dengan ini mengikat diri kami bersama-sama dan masing-masing akan membayar wang sebanyak $ .................... sebagai rampasan pada kebawah Duli Yang Mulia Sultan.

Tarikh: H/M ........................................

Diakui di hadapan saya,

.....................................
Qadi Besar/Qadi
..............................
Tandatangan




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.