Tr. P.U. 23/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PENTADBIRAN MASJID-MASJID) 1987




Kaedah 10. Prosedur di mesyuarat

(1) Korum mesyuarat Jawatankuasa ialah lima.

(2) Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diketuai oleh Pengerusi. Jika Pengerusi tidak hadir ahli-ahli yang hadir hendaklah memilih salah seorang daripada mereka supaya mempengerusikan mesyuarat itu.

(3) Pengerusi hendaklah menetapkan susunan perkara-perkara dalam satu-satu mesyuarat.

(4) Semua persoalan dalam sesuatu persidangan mesyuarat hendaklah diputuskan oleh sebilangan terbesar ahli-ahli yang hadir dan mengundi sendiri, dan tiap-tiap seorang ahli yang hadir adalah berhak mempunyai satu undi dan sekiranya bilangan undi sama banyak maka pemutus hendaklah dibuat oleh Pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.