Tr. P.U. 23/87
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (PENTADBIRAN MASJID-MASJID) 1987




Kaedah 13. Tanggungjawab Setiausaha

(1) Setiausaha adalah bertanggungjawab menjaga dan menguruskan semua surat-surat dan surat keterangan dan hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan yang diletak di atasnya oleh kaedah ini atau yang ditentukan kepadanya dengan perintah Pengerusi.

(2) Setiausaha adalah bertanggungjawab menandatangani kesemua cek-cek Masjid bersama Pengerusi dan Bendahari.

(3) Adalah tugas Setiausaha menyimpan catatan mesyuarat Jawatankuasa; catatan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa yang diadakan selepas mesyuarat akhir.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.