Tr. P.U. 1/2004
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
(JAWATANKUASA MASJID) 2004




Peraturan 15. Penggunaan wang masjid, kuasa belanja wang masjid dan penyata kewangan

(1) Wang masjid bolehlah digunakan untuk perkara-perkara berfaedah bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan, termasuklah pembelian peralatan dan penyelenggaraan masjid.

(2) Bendahari boleh dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM300.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu hendaklah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh jawatankuasa dalam tempoh 3 hari.

(3) Kuasa-kuasa kelulusan perbelanjaan kumpulan wang masjid adalah seperti berikut:
(4) Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta penyata kewangan bagi setahun, hendaklah disediakan dalam tempoh dua bulan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan ini hendaklah dimaklumkan kepada anak qaryah.

(5) Tahun kewangan masjid bermula 1 Januari dan berakhir 31 Disember, tiap-tiap tahun.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.