Tr. P.U. 16/88
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988




Kaedah 8. Pembatalan pendaftaran.

(1) Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa jua membatalkan pendaftaran sesebuah sekolah Islam jika ia berpuas hati bahawa sekolah Islam berkenaan melanggar mana-mana peruntukan di bawah kaedah-kaedah ini atau Enakmen atau di atas sebarang sebab yang didapati munasabah oleh Pesuruhjaya.

(2) Satu notis secara bertulis di atas cadangan membatalkan pendaftaran sekolah itu hendaklah disampaikan kepada pihak pengurus sekolah untuk memberi peluang kepadanya menunjukkan sebab mengapa pendaftaran tidak harus dibatal.

(3) Jika mana-mana sekolah Islam terkilan dengan keputusan di bawah perenggan (2) pengurus boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu, membuat rayuan kepada Majlis yang mana keputusannya adalah muktamad.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.