Tr. P.U. 16/88
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988




Kaedah 11. Sekolah yang tidak lagi berjalan.

(1) Jika Pesuruhjaya mempunyai alasan munasabah yang menunjukkan bahawa mana-mana sekolah yang berdaftar tidak lagi menjalankan urusannya bolehlah ia menyerah atau menyebabkan diserah satu notis kepada pengurus sekolah itu meminta supaya dibekalkan kepadanya dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu bukti yang menunjukkan bahawa urusan sekolah itu masih diteruskan.

(2) Jika selepas tempoh tiga puluh hari Pesuruhjaya berpuas hati bahawa sekolah itu tidak lagi menjalankan urusannya bolehlah ia membatalkan pendaftarannya.

(3) Jika dalam perkara yang dimaksudkan di bawah perenggan (1) kaedah ini Pesuruhjaya tidak berupaya menyerahkan notis itu setelah dijalankan penyiasatan, bolehlah ia membatalkan pendaftaran sekolah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.