Tr. P.U. 1/2004
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
(JAWATANKUASA MASJID) 2004




Peraturan 7. Pemberitahu mesyuarat

Setiausaha hendaklah memberitahu sekurang-kurangnya dua hari mengenai segala mesyuarat- mesyuarat jawatankuasa dengan mengirimkan kepada tiap-tiap ahli notis mesyuarat yang dihantar melalui pos, faksimile, e-mail atau dengan cara lisan.

Dengan syarat bahawa ketinggalan yang tidak disengajakan untuk mengedarkan notis mesyuarat tersebut kepada mana-mana ahli atau sekiranya mana-mana ahli tidak menerima notis mesyuarat, hal seperti ini hendaklah tidak membatalkan persidangan sebarang mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Dan seterusnya disyaratkan Pengerusi bolehlah membatalkan kehendak notis tersebut pada masa kecemasan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.