Tr. P.U. 16/88
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988




Kaedah 2. Tafsiran.

Dalam kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986;

"Jabatan" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;

"Majlis" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;

"Negeri" ertinya Negeri Terengganu;

"Pengurus" ertinya mana-mana orang atau badan yang bertanggungjawab dalam pengurusan sekolah Islam;

"Pesuruhjaya" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;

"Sekolah Islam" ertinya mana-mana sekolah Agama Islam di dalam Negeri atau di mana-mana tempat, yang termasuklah masjid, madrasah, surau, balaisah, markas, pondok dan tadika, di mana lima belas atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajari mata-mata pelajaran yang termasuklah mana-mana mata pelajaran yang berhubungan dengan agama Islam, tetapi tidak termasuk mana-mana sekolah agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Hal Ehwal Agama, Terengganu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.