Tr. P.U. 1/2004
PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
(JAWATANKUASA MASJID) 2004
Peraturan 2. Tafsiran
Dalam peraturan ini, melainkan jika kandungannya menghendaki makna yang lain-
‘Anak Qaryah’ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen ini;
‘Enakmen’ ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M;
‘Jawatankuasa’ ertinya Jawatankuasa Masjid yang ditubuhkan melalui peraturan-peraturan ini;
‘Majlis’ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;
‘Masjid’ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen;
‘Masjid Mukim’ ertinya sesebuah masjid dalam sebuah mukim masjid sebagaimana yang ditentukan oleh Pesuruhjaya dan termasuk masjid-masjid kerajaan;
‘Pesuruhjaya’ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah Enakmen.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.