Tr. P.U. 16/88
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988




Kaedah 12. Kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis.

Apabila diterima aduan bahawa mana-mana tempat, rumah atau bangunan telah digunakan sebagai sekolah Islam dan Pesuruhjaya berpuas hati bahawa tempat, rumah atau bangunan itu tidak didaftarkan sebagai sekolah Islam atau pendaftarannya telah dibatalkan di bawah kaedah-kaedah 8 dan 11 atau mana-mana sekolah Islam yang berdaftar melanggar mana-mana peruntukan di bawah kaedah-kaedah ini Pesuruhjaya atau mana-mana Pegawai Jabatan yang diberi kuasa olehnya, memasuki serta memeriksa tempat, rumah atau bangunan tersebut dan menyita sebarang buku-buku, dokumen-dokumen, meterai dan lain-lain alat yang dipercayai dipunyai atau digunakan oleh sekolah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.