Tr. P.U. 16/88
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988




Kaedah 4. Pendaftaran.

(1) Tertakluk kepada peruntukan di bawah kaedah-kaedah ini, semua sekolah Islam hendaklah didaftarkan mengikut kaedah-kaedah ini.

(2) Semua sekolah Islam yang telah ditubuhkan sebelum kaedah-kaedah ini mula berkuatkuasa hendaklah didaftarkan mengikut peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini dalam masa enam bulan selepas kaedah-kaedah ini mula berkuatkuasa atau apa-apa tempoh yang lebih lama dibenarkan oleh Pesuruhjaya.

(3) Mana-mana orang yang bertindak sebagai pengurus atau guru di mana-mana sekolah Islam yang tidak didaftarkan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.