Tr. P.U. 16/88
KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN DAN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1988




Kaedah 5. Permohonan untuk pendaftaran.

(1) Mana-mana orang atau badan bolehlah memohon mendaftar mana-mana tempat sebagai sekolah Islam mengikut kehendak kaedah-kaedah ini.

(2) Permohonan untuk pendaftaran sekolah Islam hendaklah dialamatkan kepada Pesuruhjaya di dalam Borang 1 seperti yang ditetapkan dalam Jadual.

(3) Tiap-tiap permohonan adalah dikenakan fee sebanyak $10.00.

(4) Setelah menerima suatu permohonan, Pesuruhjaya hendaklah menimbangkan sama ada hendak meluluskan atau menolak permohonan itu.

(5) Jika kelulusan telah diberikan, Pesuruhjaya hendaklah dengan segera mendaftarkan sekolah Islam itu dan mengeluarkan kepada pemohon Sijil Pendaftaran di dalam Borang 2 seperti yang ditetapkan dalam Jadual tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pesuruhjaya.

(6) Tiap-tiap Sijil Pendaftaran adalah dikenakan fee sebanyak $10.00.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.