(1) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari hendaklah dilantik oleh Majlis dari anak kariah.
(2) Pegawai-Pegawai Masjid, dengan sifat perlantikan mereka dengan sendirinya termasuk menjadi ahli Jawatankuasa.
(3) Tidak lebih daripada 5 orang ahli daripada anak Kariah masjid hendaklah juga dipilih menduduki Jawatankuasa dalam Mesyuarat Agung Tahunan dengan cara undian.
(4) Nama ahli-ahli Jawatankuasa yang terpilih hendaklah diedar kepada Majlis supaya nama-nama mereka dapat didaftarkan dan surat tauliah yang diperuntukkan di Jadual 1 yang ditandatangani oleh Yang Dipertua boleh diberi kepada mereka.