Ps. P.U. 6/95
MANUAL PROSEDUR KERJA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG SYARIAH, JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS (ACARA DAN BORANG 1995)




Kaedah 3.

Pendaftar selain mempunyai kuasa yang diperuntukan khas dalam Enakmen hendaklah berkuasa seperti berikut:

3.1. Seorang Pendaftar berkuasa menerima sumpah atau ikrar berkaitan dengan sebarang perkara yang dibawa kepadanya untuk siasatan dan untuk tujuan Pendaftaran.

3.2. Seorang Pendaftar boleh memanggil mana-mana orang Islam hadir di hadapannya untuk memberi keterangan atau menunjuk sebarang keterangan untuk maksud sub-seksyen (1)

3.3. Seorang yang dikehendaki oleh Pendaftar supaya hadir di hadapannya dengan sengaja engkar mematuhinya adalah melakukan suatu kesalahan kerana mengeji pihak berkuasa Agama atau Pegawai Agama di bawah Majlis dan boleh dihukum jika sabit kesalahan dengan denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.