Ps. P.U. 4/90 PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KARIAH 1990
Peraturan 16. Mesyuarat Jawatankuasa.
(1) Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali pada tiap-tiap dua bulan atau pada bila-bila masa yang difikirkan patut oleh Pengerusi.
(2) Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.
(3) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli-ahli Jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa pun, dengan cara bertulis meminta Setiausaha memanggil mesyuarat Jawatankuasa dengan syarat hendaklah mereka memaklumkan tujuan-tujuan mengadakan mesyuarat itu.
(4) Setiausaha hendaklah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa dalam masa tujuh hari selepas menerima perintah atau permintaan menurut peraturan-peraturan ini.
(5) Sekurang-kurangnya tiga hari pemberitahu yang bertulis hendaklah diberi bagi sebarang mesyuarat.
(6) Segala perkara yang dicadangkan untuk mendapat keputusan dalam mesyuarat hendaklah diputuskan dengan undi terbanyak daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi. Sekiranya didapati bilangan undi itu sama banyak maka Pengerusi adalah berhak memberi undi pemutus.
(7) Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diedarkan kepada Majlis dengan seberapa segera.