Akta A1252 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005
Seksyen 2. Pindaan am
Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 560], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda—
(a) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Prosedur” dan “prosedur” di mana-mana jua terdapat masing-masing dengan perkataan “Tatacara” dan “tatacara”;
(b) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “Islamic Law” di mana-mana jua terdapat, kecuali dalam takrif “Administration Act”, dengan perkataan “Hukum Syarak”; dan
(c) dengan menggantikan perkataan “Jadual” dan “JADUAL” di mana-mana jua terdapat masing-masing dengan perkataan “Jadual Kedua” dan “JADUAL KEDUA”.