Akta A902 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994
Seksyen 13. Pindaan seksyen 47.
Seksyen 47 Akta ibu adalah dipinda-
(a) dalam subseksyen (1), dengan memotong perkataan "berkanun";
(b) dalam subseksyen (12), dengan menggantikan perkataan "peguambela dan peguamcara" dengan perkataan "Peguam Syarie" ;
(c) dengan menggantikan subseksyen (16) dengan subseksyen yang berikut:
"(16) Sesuatu talaq raj'i yang dilafazkan oleh suami melainkan dibatalkan terlebih dahulu, sama ada secara nyata atau tafsiran, atau dengan perintah daripada Mahkamah, tidak boleh berkuatkuasa untuk membubarkan perkahwinan itu sehingga habisnya tempoh 'iddah."; dan
(d) dalam subseksyen (17), dengan memasukkan, selepas perkataan "berkuatkuasa", perkataan "untuk membubarkan perkahwinan itu".