Akta A931
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1995



Seksyen 2. Seksyen baru 8A.

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8 seksyen yang berikut:

"Seksyen 8A. Kuasa untuk menubuhkan syarikat dan pengesahan syarikat yang ditubuhkan.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, menubuhkan syarikat di bawah syarikat Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan mana-mana aktiviti yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan atau yang kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Majlis di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).

(3) Apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh MajIis di bawah subseksyen (2) seksyen 7 kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.