Akta A1252 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005
Seksyen 3. Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda—
(a) dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas takrif “Hakim” takrif yang berikut:
‘ “Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;’; dan
(b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.”.