Akta A902
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994



Seksyen 15. Seksyen baru 50A.

Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas seksyen 50, seksyen yang berikut:

" Seksyen 50A. Perceraian dengan Ii'an.

(1) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan telah mengangkat sumpah dengan cara li'an mengikut Hukum Syara' di hadapan Hakim Syarie, apabila penghakiman, maka Hakim Syarie itu hendaklah memerintahkan mereka difarakkan dan dipisahkan dan hidup berasingan selama-Iamanya.

(2) Mahkamah hendaklah merekodkan perceraian dengan Ii'an itu dengan sewajarnya dan menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendaftar yang sesuai dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.".




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.