Akta A902
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994



Seksyen 39. Pindaan seksyen 132.

Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 132 dengan seksyen yang berikut:

"Seksyen 132. Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah.

(1) Tanpa menjejaskan hak mana-mana orang yang mempunyai kepentingan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini untuk menguatkuasakan perintah di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, Mahkamah yang telah membuat perintah itu, dalam hal kegagalan dengan sengaja untuk mematuhinya, boleh, jika perintah sedemikian menghendaki pembayaran apa-apa amaun, mengarahkan amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Mahkamah atau boleh menjatuhkan hukuman pemenjaraan kepada orang yang dengan sengaja gagal mematuhinya jika perintah pembayaran tiap-tiap bulan masih belum dibayar, atau, dalam mana-mana hal yang lain, pembayaran satu tahun yang masih belum dibayar.

(2) Mahkamah boleh-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.