Akta A1261 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006
Seksyen 22. Pindaan seksyen 121
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 121 dengan seksyen yang berikut:
“Seksyen 121. Rayuan
Apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.”.