AKTA 303 AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Seksyen 114. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah.
Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu -
(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;
(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;
(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang ianya diakui sebagai anak;
(d) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;
(e) pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sahtarafnya;
(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;
(g) pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan;
(h) pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.