AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 177. Keengganan untuk memberikan keterangan.


Jika mana-mana saksi di hadapan sesuatu Mahkamah enggan memberikan keterangan atau menjawab apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasanya yang dikehendaki oleh Mahkamah supaya dikemukakan olehnya, dan tidak memberikan apa-apa sebab yang munasabah bagi keengganan itu, Mahkamah itu boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, menghukumnya dengan hukuman pemenjaraan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tujuh hari, melainkan jika pada masa itu orang itu bersetuju untuk memberikan keterangan atau diperiksa dan menjawab soalan itu atau mengemukakan dokumen itu; tetapi jika dia terus enggan, dia boleh diperlakukan mengikut seksyen 173 atau 175 walau apa pun apa-apa hukuman yang mungkin telah dijalaninya di bawah seksyen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.