AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XX - PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB I - PROSIDING INTERLOKUTORI



Seksyen 189. Penyampaian permohonan.


Apa-apa permohonan yang hanya meminta supaya apa-apa tempoh masa dilanjutkan atau dipendekkan boleh disampaikan pada hari sebelum hari yang dinyatakan bagi pendengaran permohonan itu tetapi, kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu dan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, sesuatu permohonan hendaklah disampaikan kepada setiap pihak lain tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang dinyatakan sedemikian.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.