AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI



Seksyen 122. Perkahwinan yang tertakluk kepada undang-undang negara asing atau yang diakadnikahkan di luar negeri di bawah Akta ini.

Perkahwinan yang Tertakluk kepada Undang-undang Negara Asing

Jika, selain daripada Akta ini, apa-apa perkara yang menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan kena diputuskan, mengikut kaedah-kaedah Undang-Undang Antarabangsa Persendirian, dengan merujuk kepada undang-undang sesuatu negara asing, maka Mahkamah hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.