AKTA 505 AKTA PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1993
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 44. Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Semua perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.