AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas.



Seksyen 25. Pernyataan tentang fakta daripada jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu ialah qarinah.


Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu resital yang terkandung dalam suatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang disiarkan dalam Warta Persekutuan atau Negeri, ialah qarinah.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.