AKTA 561
AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1- PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.


(1) Bilamana diperuntukkan oleh Akta ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Bilamana diperuntukkan oleh Akta ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.