AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 238. Memanjangkan atau memendekkan masa.


(1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana prosiding.

(2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.