AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984
BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Seksyen 82. Kelayakan-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.
Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadanah jika -
(a)
dia adalah seorang Islam;
(b)
dia adalah sempurna akal;
(c)
dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;
(d)
dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan
(e)
dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.