AKTA 585
AKTA TATACARA MAL MAHKAMAH
SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1998


BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 146. Pelaksanaan penghakiman atas rayuan.


Apabila salah satu pihak telah mengambil perintah Mahkamah yang mendengar rayuan itu dan telah mengemukakan perintah itu kepada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah melaksanakan perintah itu mengikut peruntukan Akta ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.