AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 219. Kuasa Mahkamah untuk memanggil dan memeriksa orang.


Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat apa-apa perbicaraan atau prosiding lain di bawah Akta ini, memanggil mana-mana orang sebagai saksi, atau memeriksa mana-mana orang yang hadir walaupun dia tidak dipanggil sebagai saksi, atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang yang telah diperiksa, dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana orang itu jika keterangannya didapati perlu demi keputusan yang adil dalam kes itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.