AKTA 560
AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 7 - DARIHAL PENGHAKIMAN



Seksyen 118. Cara menyampaikan penghakiman.


Penghakiman dalam tiap-tiap perbicaraan di dalam mana-mana Mahkamah hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu masa kemudiannya yang mengenainya notis wajar hendaklah diberikan kepada pihak-pihak dalam perbicaraan itu atau Peguam Syarie mereka, dan tertuduh hendaklah, jika dalam jagaan, dibawa ke hadapan Mahkamah itu atau, jika tidak dalam jagaan, dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman disampaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.